VINIIR - Your Time (Official Music Video) - Video
PUBLISHED:  Nov 06, 2013
DESCRIPTION:
Your Time - senilagu & senikata oleh VINIIR ini adalah ciptaan baharu mereka selepas mengeluarkan demo "The Story Chapter 1" sekitar 2011. Lagu ini telah dimuatkan dalam kompilasi "Tribute To Silent Death" yang dikeluarkan oleh Metal Zone Distro pada Disember 2012. Lagu ini juga bakal dimuatkan dalam album penuh pertama VINIIR "7th Days and 7th Nights" yang sedang dalam pembikinan.

Ditubuhkan dalam tahun 2009, VINIIR dari Ipoh, Perak ini secara muzikal berkonsepkan Epic Viking Metal. Dengan bantuan kepakaran RLTNFTC ZOOM ZONE, band yang terdiri daripada Zul (bass/vokal), Sham (gitar), Shah (gitar) dan Jac (dram) telah merakam klip video untuk lagu "Your Time" pada tanggal 18 Mei 2013 mengambil lokasi di Teluk Senangin, Lumut.

Rakaman dibuat dengan penggunaan teknologi Canon A800 dan Panasonic HDC-SD40, di bawah arahan (termasuk idea dan konsep) oleh RFizam. Selain daripada klip video di atas, anda juga boleh menyaksikan video pembikinan (the making of) dan versi suntingan semula (oleh Sangwitok Zine).

Source (Original Video):
http://youtu.be/MEI2A-78En0
Credit: http://www.youtube.com/user/rltnftczoomzone

The Making Of:
http://youtu.be/L0MVRtOElLA
Credit: http://www.youtube.com/user/rltnftczoomzone

Re-edited (by Sangwitok Zine):
http://youtu.be/xWjIAvLAxx8
Credit: http://www.youtube.com/user/sangwitok

band info:
http://www.facebook.com/pages/Viniir/125442754231491
http://www.metal-archives.com/bands/Viniir/3540328590

Video: (P) & (C) 2013 RltnFtc Zoom Zone / Viniir
Texts: http://ekstrim-info.blogspot.com
follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top