METALIAN - Usah Kau Pergi - Video
PUBLISHED:  Feb 12, 2017
DESCRIPTION:
Kumpulan Metalian merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dengan konsep Heavy Metal Dan Hard Rock. Mereka pernah muncul sebagai band pembukaan untuk konsert Alleycats di Stadium Kajang pada tahun 1984, yang di taja oleh Salem. Pada waktu itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi Ramadhan (Batu 9 Cheras. Kajang). Metalian sempat merakamkan lagu slow dalam album album Juara-Juara Rock, nyanyian Thana, berketurunan india, juga seorang guru, vokalis kumpulan Metallian. Selepas siri album Juara-Juara Rock, Metalian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti sebelum berpecah.

Setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan kumpulan WOW yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. Pemain gitar Metalian/WOW iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.
follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top