Gauze - 死人に口無し (1991) on vinyl - Video
PUBLISHED:  May 29, 2014
DESCRIPTION:
From GAUZE - 限界は何処だ (Genkai Wa Doko Da) LP (Selfish Records, 1991)

Gauze (ガーゼ) adalah salah satu band Jepun yang ada "cult status" seangkatan dengan bands punk Jepun seperti Kuro, GISM, Lip Cream, Confuse dan Systematic Death. Ditubuhkan pada tahun 1981, Gauze yang masih aktif sampai sekarang adalah band Japanese Hardcore yang paling lama bertahan. Berbeza dengan Bastard (yang aku kongsi sebelum ni), matlamat penubuhan band ni dari awal ialah untuk main muzik sepantas yang mereka boleh. Less metallic guitar solos, more full speed thrash. Kebanyakan lagu-lagu mereka panjang tak sampai satu minit.

Piring hitam ni adalah album LP ketiga Gauze dari tahun 1991 selepas "Fuckheads" LP (1984) dan 'Equalizing Distort" LP (1986). Album ni bukanlah album mereka yang terbaik (their best recordings are "Equalizing Distort" LP dan album kelima mereka dari 1997 面を洗って出直して来い LP. Tapi album ni ialah piring hitam Gauze yang paling rare dan paling sudah nak dicari. Album 17 lagu ni bertajuk 限界は何処だ (Genkai Wa Doko Da) yang bermaksud "what's the limit?", separuh rakaman studio dan separuh lagi dirakam "live in Scotland 1989".

Tajuk lagu yang aku putar dalam video ni ialah 死人に口無し (Dead Men Tell No Tales), lagu paling panjang dalam album ni (2 minit lebih). Seluruh lagu dalam album ni dalam Bahasa Jepun. Masa kat kolej aku siap ambik kelas Bahasa Jepun selama 2 semester sebab nak belajar baca tajuk lagu dan lirik album ni dan album-album Jepun lain yang aku ada... Enjoy!
follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top