Fahrenheit - Ana (Official Karaoke Video) - Video
PUBLISHED:  Mar 18, 2013
DESCRIPTION:
Sejarah Fahrenheit bermula pada sekitar tahun 1995, Dianggotai oleh Yan(gitar utama), Ary (vokalis), Ajaq (bas) dan Dino (dram). Pembabitan mereka bermula dengan sesi 'jamming' di studio dan kemudiannya berjaya menambat hati Haron BPR untuk menjadikan mereka sebuah kumpulan rock dibawah naungan Life Records. Nama Fahrenheit diambil sempena perkataan Far and Height yang juga menjadi matlamat mereka untuk pergi lebih jauh dan berada di persada yang tinggi. Selain itu, Fahrenheit yang juga berupa sukatan bagi suhu dan mereka mengharapkan kehadiran mereka mampu menghangatkan lagi industri muzik tanah air. Album pertama Cahaya Gemilang dikeluarkan pada 1996 dengan lagu hits Kasih Orang Muda dan Sabar Menanti yang diterbitkan oleh Haron |BPR. Album pertama ini juga berjaya melayakkan mereka mendapat anugerah platinum apabila terjual lebih 50,000 unit. Pada tahun yang sama Fahrenheit dicalonkan untuk Artis Baru Berkumpulan Terbaik bagi Anugerah Industri Muzik (AIM 96). Album Fahrenheit yang lain adalah Hero (1997) dan Momok (1999)

The history of Fahrenheit began around 1995, comprised of Yan (guitar utama), Ary (vocalist), Ajaq (bass) and Dino (drum) . Their 'jamming' session at the studio captured Haron BPR's heart to make them a rock band under Life Records. The name Fahrenheit is taken in conjunction with the word Far and Height which is also their goal to go further and be on the high ground. In addition, Fahrenheit is also a measure of temperature and they expect their presence to warm the country's music industry. The first album of Cahaya Gemilang was released in 1996 with a song hits Kasih Orang Muda dan Sabar Menanti published by Haron | BPR. The first album also earned them a platinum award when it sold more than 50,000 units. That same year Fahrenheit was nominated for the Best New Group Artist for the Music Industry Awards (AIM 96).
Other Fahrenheit albums are Hero (1997) and Momok (1999)

Ana
Artis / Artist : Fahrenheit
Lagu / Song : JS Kevin (Goodsound Music Publishing (M) Sdn Bhd)
Lirik / Lyric : JS Kevin (Goodsound Music Publishing (M) Sdn Bhd)
Album / Album : Momok
P & C : 1999 Hup Hup Sdn Bhd (Life Records)
----------------------------------------------------------------------


Lyric


Ana...
Kau segar dalam jiwa
Warnamu itu cahaya
Aku...


Segar dalam jiwamu
Bersama menempuh liku
Asmara kita jalin di mentari yang hangat
Betapa peluh yang telah mengalir
Jauh di lubuk hati engkau ku genggam


Tarian musafir yang membawa aku
Bukan putera raja di mata... ohh
Ana...
Engkau aku dan dia


Semua kita manusia
Aku terus jadi miliknya
Hati yang luas terbuka
Kita hilang bersama pelangi


Terbentuk setelah hujan renyai
Kita hilang bersama kabus pagi


Ditelan sinaran yang membakar
Ana...
Aku lah diri sendiri
Tak mungkin kau jadi aku
Asmara kita jalin di mentari yang hangat


Betapa peluh yang telah mengalir
Jauh di lubuk hati engkau ku genggam
Tarian musafir yang membawa aku
Bukan putera raja di mata... ohhh
------------------------------------------------------

#Fahrenheit
#Ana
#LifeRecords
follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top