Fahrenheit-Ana - Video
PUBLISHED:  Oct 15, 2011
DESCRIPTION:
Sejarah Fahrenheit bermula pada sekitar tahun 1995 dimana Yan dan Ary datang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah studio iaitu Heaven Studio, Ampang. Disana, mereka bertemu Ajaq - yang juga adik kepada bekas pemain bass kumpulan Gersang, Man Greng dan Dino - bekas pemain drum kumpulan Teja. Pembabitan mereka bermula dengan sesi 'jamming' di studio dan kemudiannya berjaya menambat hati Haron BPR untuk menjadikan mereka sebuah kumpulan rock dibawah naungan Life Record. Menyedari bahawa Life Record telah berjaya menaikkan nama XPDC, maka Fahrenheit bersetuju untuk menyertai mereka.
Nama Fahrenheit diambil sempena perkataan Far and Height yang juga menjadi matlamat mereka untuk pergi lebih jauh dan berada di persada yang tinggi. Selain itu, Fahrenheit yang juga berupa sukatan bagi suhu dan mereka mengharapkan kehadiran mereka mampu menghangatkan lagi industri muzik tanah air.
Album pertama Cahaya Gemilang dikeluarkan pada 1996 dengan lagu hits Kasih Orang Muda dan Sabar Menanti yang diterbitkan oleh Haron |BPR. Album pertama ini juga berjaya melayakkan mereka mendapat anugerah platinum apabila terjual lebih 50,000 unit. Pada tahun yang sama Fahrenheit dicalonkan untuk Artis Baru Berkumpulan Terbaik bagi Anugerah Industri Muzik (AIM 96). Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila sebuah kumpulan yg agak low profile iaitu BABA berjaya menewaskan mereka. Namun begitu Fahrenheit terus mendapat sambutan hangat berdasarkan populariti dan kualiti persembahan pentas mereka.
Pada 1997, album kedua, Hero dikeluarkan dan ia masih menggunakan khidmat Haron BPR. Secara asasnya album ini masih menggunakan formula yang sama dengan album pertama. Pada tahun yang sama Dino bertindak untuk menarik diri atas alasan komitmen terhadap kerja. Tempat beliau diganti oleh Joe yang juga bekas anggota kumpulan Mercury. Malangnya, album Hero tidak mendapat sambutan seperti album pertama akibat masalah cetak rompak yang melampau. Biarpun dihinggapi masalah yang sedemikian nama Fahrenheit tetap digilai ramai "rockers" terutama semasa persembahan. Ramai yang memuji persembahan mereka cukup bertenaga setanding dengan kumpulan rock yang lain yang telah menempa nama seperti XPDC, Wings dan sebagainya.
Tahun berikutnya, nama Fahrenheit sedikit menyepi sehinggalah album Momok dihasilkan pada 1999 dan Haron BPR masih lagi kekal sebagai orang kuat untuk album ini. Dalam pada itu, gitaris utama mereka iaitu Yan pula mengambil keputusan untuk menarik diri bagi memberi tumpuan terhadap rumahtangga selepas album ini dikeluarkan. Tempat Yan digantikan oleh seorang pemuzik baru iaitu Bonn. Seperti sebelumnya, Momok juga kurang mendapat publisiti menyebabkan ia kurang diterima peminat walaupun lagu-lagu didalamnya lebih keras dan mantap berbanding album-album terdahulu. Ini mungkin juga kerana sambutan hangat yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan rock "meleleh habis" yang berjaya memadam kehebatan muzik rock sejati yang telah menguasai arena muzik sejak bertahun-tahun lamanya.
Setelah melihatkan fenomena cetak rompak yang semakin mengganas dan sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap album dan perjuangan irama rock mereka, kesemua anggota Fahrenheit bertindak mengambil haluan masing-masing bagi meneruskan kehidupan mereka dimana Ajaq, bonn, dan Joe menyertai Mael XPDC untuk menubuhkan Real XPDC manakala Ary terus menyepi sehinggalah kini.
Fahrenheit dikhabarkan akan mengikut jejak langkah beberapa kumpulan rock "otai" dengan mengadakan re-union bagi mengembalikan nostalgia peminat terhadap mereka.
follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top