Bhumiband

Location:
SG
Type:
Artist / Band / Musician
Genre:
Powerpop / Rock / Alternative
Type:
Indie
Mereka akan melancarkan konspirasi dunia di Malaysia!



Pemenang anugerah Artis Baru Terbaik APM 2005, Bhumiband akan melancarkan album terbaru mereka pada bulan ini. Album kedua yang menjalani proses rakaman di Kuala Lumpur ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Band yang kini hanya tinggal berlima, menerbitkan album ini dengan persediaan yang lebih teliti dan serius dari album sebelumnya.



Ia juga mendapat kerjasama dari pencipta dari Malaysia. Single pertama mereka Perbedaan Hati merupakan gubahan bersama Awi Rafael dan Fathul, yang juga merupakan pencipta lagu Cinta dan Rahsia yang dipopularkan oleh Flop Poppy. Mereka juga menadapat kerjasama dari Dayang Nurfaizah untuk merakam semula lagu Oh Kasih. Versi terbaru dipilih untuk menjadi Lagu Tema kepada siri drama TV Gerimis Salju. Band ini juga bertuah kerana dua daripada lagu terbaru mereka, Goda dan Konspirasi Dunia turut dipilih untuk soundtrack Filem Remp-It, arahan Ahmad Idham yang akan ditayangkan dipawagam September ini.



Bhumiband terpilih sebagai band pembukaan bagi siri konsert Sheila On 7 di Malaysia pada bulan Ogos 2006. Dengan sambutan yang sangat baik dari tur tersebut, Bhumiband melangkah dengan lebih mantap lagi di Malaysia. Album kedua mereka yang bertajuk Konspirasi Dunia akan dilancarkan selepas tamat siri konsert ini.



For More Information, Please Contact



Suriyani @ +6596664123

If you cant add us, our email address is bhumiband@yahoo.co.uk



MyGen

Profile Generator
0 follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top