Oddity

Location:
Darul Ehsan, MY
Type:
Artist / Band / Musician
Genre:
Metal / Screamo / Experimental
Label:
Bookings & Info pls call Aida: 017-360 2938
Kembali menggegar dengan semangat feminis.

2008-11-15 09:45:26



Dalam the little boys club yang sering kita panggil the underground scene, Oddity datang membawa perubahan ceria, kerana ketika mereka mula-mula ditubuhkan pada 1997, kesemua anggota adalah terdiri dari gadis-gadis remaja. Dila (vokal), Aida (gitar), Hana (bass) dan Diana (dram) mula bermain muzik sebagai satu saluran kreativiti di samping cuba mengecapi kebebasan kehidupan remaja, atau apa yang mereka sendiri panggil “darah muda.” Walaubagaimanapun apabila mereka mula bermain gig sekitar 2002, Diana terpaksa meninggalkan kumpulan ini lalu diganti oleh seorang pemain dram lelaki, Epi. Sejak itu, mereka telah bermain di hampir setiap pelusuk negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, juga menjadi satu nama yang sering diundang bermain di Singapura.



Oddity juga telah melalui pelbagai tansformasi dari segi stail muzik, daripada genre grunge/alternatif pada awal penubuhannya sehinggalah hardcore metal ketika namanya sedang naik. Namun, menurut kata Aida, mereka tak suka meletakkan sebarang label pada muzik mereka kerana ianya akan hanya menghadkan kreativiti mereka sebagai pemuzik. Mereka cuba merakam album pada tahun 2005 tapi terpaksa ditangguhkan bila Aida jatuh sakit, menyebabkan Oddity terus menyepi selama setahun. Bila mereka cuba untuk meneruskan aktiviti Oddity, Hana dan Epi pula tidak dapat memberikan komitmen. Walaupun begitu, lagu mereka “Let Hope Grow in You” telah turut dimuatkan dalam filem Kami baru-baru ini, sedikit sebanyak memberikan semula nafas serta harapan baru kepada kumpulan muda ini untuk terus bermain muzik.



Kemunculan semula mereka dalam Smile: It’s A Girl Fest 2008 minggu lepas membuktikan yang mereka masih lagi aktif, bertenaga dan masih lagi mampu menggegar pentas.



Taken from www.gundu.com.my



Komen tak balas? Im sure you guys have other better things to do.



These are our not-so-new songs, recorded somewhere in 2005. Give a listen (Special Thanks to Amir Shazlan for producing & Mokhtarizal)



ODDITY (home made video) - Done



JAMM SESSION AT MOKHTAR STUDIO

ODDITY - HOPE



ODDITY AT MUAR - Hope
0.01 follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top