M.I.X kC

Location:
MY
Type:
Artist / Band / Musician
Genre:
Hip Hop / Rap / Experimental
Label:
Kc™ Production
M.I.X - Mc's In X-tion M.I.X; terdiri daripada 4 orang anak jati Sarawak yang membawa irama Hip-Hop adalah antara anak seni Sarawak yang memperjuangkan bahasa, budaya, serta keunikan bumi kenyalang itu sendiri dan ingin membuka mata masyarakat dengan memberitahu bahawa penggiat seni Sarawak juga membawa peranan untuk membantu dalam memajukan dan meningkatkan nilai taraf indutri seni hiburan negara kita.
Mereka yang pada mulanya terdiri dari MC WAYNE, NOH PHROFILE, O.G dan ASYRAF HARDY juga percaya ini akan membuka pintu untuk pejuang seni di Sarawak agar mereka tahu bahawa mereka mampu menyumbangkan sesuatu kepada industri seni hiburan. M.I.X adalah singkatan bagi Mcs In X-tion dimana namanya sinonim dengan perwatakan mereka diatas pentas yang bertenaga dan penuh aksi.
Setiap anggota M.I.X datang dari kumpulan yang berbeza sebelum bersatu berjuang dibawah satu nama, sewaktu itu mereka masih didalam aliran bawah tanah (underground). Disitulah mereka mengumpul pengalaman dalam seni persembahan dan mengenali bakat dan hati budi masing-masing kerana mereka selalu berjumpa sewaktu membuat persembahan di parti-parti kecil anjuran kawan-kawan dan majlis-majlis sekolah.
Sebelum tertubuhnya M.I.X dulu mereka dikenali sebagai The Last Matazz[TLM]. TLM yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 2003 dan dianggotai oleh MC WAYNE, OGIE, ASYRAF HARDY dan KAMAL. Pada masa itu NOH PHROFILE hanya berperanan sebagai arranger dan composer. TLM juga telah mengeluarkan album sulung yang bertajuk CONNEXION 03 dan mendapat sambutan disekitar Sarawak. Malah mereka juga mendapat jemputan dari semenanjung untuk membuat persembahan di majlis-majlis besar. Namun TLM hanya bertahan selama setahun dan kecundang kerana menghadapi masalah dengan pihak pengurusan manakala KAMAL pada masa itu masih dibangku sekolah dan telah menarik diri kerana mahu memberi perhatian yang sepenuhnya pada pelajaran. Setelah itu NOH PHROFILE telah menyertai MC WAYNE, OGIE dan ASYRAF HARDY untuk meneruskan perjuang dibawah nama yang baru iaitu M.I.X.



Pada mulanya bakat M.I.X telah disedari oleh pihak TV3 dimana mereka telah dijemput untuk Konsert Jom Heboh 2005. Kebetulan juga pada waktu itu CAT FARISH yang telah menubuhkan Cat Presents Production ada bersama. Di situlah nasib berpihak kepada M.I.X setelah lagu-lagu demo mereka yang diberikan kepada CAT FARISH telah meyakinkan beliau lagi CAT menawarkan mereka untuk menjadi artis dibawah jagaan Cat Presents Production.
Setiap anggota kumpulan M.I.X mempunyai latarbelakang musikal yang berbeza-beza. Dengan mengambil berat terhadap setiap idea dari setiap anggota M.I.X maka hasilnya pada musik dan aura M.I.X nyata berbeza. Berbeza bukanlah bermaksud seratus peratus berbeza dari yang lain tetapi sesuatu yang baru namun masih menekankan nilai-nilai komersial kerana mahu pendengar mudah memahami apa yang disampaikan sesuangguhnya ianya memang lahir dari M.I.X sendiri. Jika nak dikatakan M.I.X membawa irama pop etnik, itu adalah salah. Ini kerana hanya satu lagu sahaja didalam album pertama M.I.X yang mengandungi elemen-elemen etnik budaya Sarawak dimana ada sape dan nyanyian Orang Ulu serta korus lagu rakyat yang amnya hampir diketahui oleh semua rakyat di Malaysia iaitu lagu PUTRI SANTUBONG. Tetapi ini menunjukkan anak-anak muda ini masih menghargai nilai-nilai kesenian dan kebudayaan di Sarawak dan mampu diadun dengan elemen hip hop dengan tujuan untuk mempersembahkan keindahan dan keunikan bumikenyalang. Ini dapat dilihat dengan ketara jika diselami lirik didalam lagu tersebut dengan mendedahkan pelbagai fakta-fakta yang mampu meletakkan nama Sarawak disuatu tempat yang membanggakan. Walaupun tidak mendapat pelajaran musik secara rasmi, namun pengalaman mereka selama ini banyak membantu dalam penghasilan lagu-lagu mereka. Kesemua lagu mereka dihasilkan sendiri dan dilakukan dengan teliti kerana lagu-lagu ciptaan mereka mahu didengar oleh semua peringkat umur walaupun irama HIP HOP hanya digemari dikalangan remaja sahaja.
Pada bulan Disember 2006 M.I.X telah berubah wajah kerana Noh Phrofile salah seorang drp anggota kumpulan ini menarik diri kerana ingin melanjutkan pelajaran.Kekosongan Noh telah diisi oleh seorang bakat baru yg datangnya dari Miri iaitu DedeQ.M.I.X memilih DedeQ kerana bakatnya yg mengagumkan.Kini anggota kumpulan Hip Hop kelahiran Sarawak ini terdiri drp Mc Ogie,Mc Asyraf Hardy, Mc Wayne & DedeQ.



MyGenProfile Generator
0.02 follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top