Abstrak Hingga Ke Bulan

 V
Location:
Kuala Lumpur, Ma
Type:
Artist / Band / Musician
Genre:
Alternative / Indie / Experimental
Site(s):
Label:
PRODUKSI RUNUT BUNYI/PLAYERZ SDN BHD
POSTER ABSTRAK HINGGA KE BULAN



INLAY ALBUM ABSTRAK HINGGA KE BULAN



BIOGRAFI ABSTRAK HINGGA KEBULAN
Idea asal penubuhan Abstrak Hingga KE BULAN oleh Jen Ed aka Zarul(bekas gitaris dan ketua kumpulan d-Va) pada Disember 2005 setelah merasakan kekecewaan dengan band sebelumnya. Jen Ed berusaha mencari lineup yang betul-betul mantap dan menepati citarasanya selama 2 tahun dan akhirnya menemukan Jen Ed dengan Cimaw(keyboardist),Aretoms(bass),Faiza(vokalis) dan Raffazum(drummer) dan bersepakat untuk merakamkan album yang berkonsepkan alternatif pop.Secara kasar, pengaruh muzik Abstrak Hingga KE BULAN kedengaran seperti Pink,Puffy Amiyumi,Asobi Seksu,Green Day, Letters To Cleo dan Gwen Stefani.
Selepas itu mereka giat berlatih dan banyak mendapat undangan bermain gig dan dinner show disekitar Lembah Kelang dan walaupun usia band ini sungguh muda,tetapi band ini ternyata sangat matang dari segi permainan dan muziknya. Menerusi label mereka PRODUKSI RUNUT BUNYI,band ini banyak diberikan kebebasan berkarya kerana label mereka lebih kepada konsep DIY.Abstrak Hingga KE BULAN merakamkan album debut mereka pada Jun 2006 dimana proses rakaman drum dilakukan di studio Avenue One dan Guitar Workshop manakala proses rakaman bass,gitar,keyboard dan vokal di Surtin Studio dan Runut Bunyi Rooms . Album yang dirakamkan ini memakan masa selama 14 bulan bermula awal Jun 2006 sehingga Ogos 2007 dan diterbitkan oleh Jen Ed sendiri. Mengandungi sembilan buah lagu Melayu dan satu single berbahasa Inggeris, Setakat ini 6 buah lagu dijangka menjadi single kepada band ini iaitu Menanti,Cinta Ini Milik Kita,When Youre Not There ,Jadi Superstar, Malam dan Misteri Hatiku. Setakat ini single Menanti telah pun mendapat airplay yang bagus di semua corong-corong radio. Sekarang ini mereka sedang sibuk menyiapkan video klip pertama mereka iaitu Cinta Ini Milik Kita.Salah satu kelebihan band ini ialah kesemua mereka boleh menyanyi dengan baik. Dan mereka sangat berharap agar kemunculan mereka dapat diterima dengan baik oleh semua peminat muzik tanahair.
1. masuk website www.hotfm.com.my dan cari HOTFM CORNERthen senaraikan 5 lagu pilihan anda.termasuk lagu "CINTA INI MILIK KITA" lahhehehhee!!!then just hantar
2.trus col hotfm:03-77108822 dan request lagu "CINTA INI MILIK KITA"
3. just register for smscaranya:TAIP HOTFM dan hantar ke 36886then bila anda menerima reply dari hotfm, just taip HM ,,.cthnya HM CINTA INI MILIK KITA-ABSTRAK HINGGAKEBULAN,NOTHING ELSE MATTERS-METALLICA,TAK TERCAPAI AKALMU-ELYANA
dan hantar shaja ke 36886itu shajasenangkan??harap mendapat sokongan drpd kekawan yang lainpeace!!!!!



Lineup:
Jen Ed-guitarist/programmer/backup vocal
Faiza -vokalis utama
Aretoms bassist/backup vocal



TERUSKAN MENYOKONG PERJUANGAN KAMI!!!!!SOKONGAN ANDA KAMI PERLUKAN UTK MENERUSKAN KEKUATAN BAND DI MSIA!!!!SELAMATKANMARUAH MUZIK MALAYSIA!!!!!! Sehingga berita ini dltulis.album Abstrak telah pun mula dijual as LIMITED EDITION dengan harga pasaran rm25.90(free LIMITED POSTER WITH BAND SIGNATURE)pada 1 December 2008.dan kepada sesiapa yang nak membeli secara trus drpd kamisila email kepada kami di abstrak_tothemoon@yahoo.com atau hubungi ZArul 017-2736154 kerana tempahan awal akan mengelakkan kesesakan dan harga cd lebih murah!!!!akan disertakan sekali mini poster percuma atau poskad.tshirt Abstrak pun ada dijual(sila lihat photo utk preview).Sekian terima kasih dan harap anda sumer dpt mengundi kami lebih banyak lagi di sumer stesen radiosupportlah kami dan terimalah kehadiran kamiAbstrak Hingga KEBUlan-Jen Ed Myspace Layouts at Pimp-My-Profile.com / Twilight zone
0.02 follow us on Twitter      Contact      Privacy Policy      Terms of Service
Copyright © BANDMINE // All Right Reserved
Return to top